Saya Pembawa Thalasemia Beta

Assalammualaikum w.b.t

Ya, Muni confirm pembawa talasemia jenis beta! Apa-apa pun syukur alhamdulillah masih lagi boleh menjalani kehidupan yang Allah kurniakan ini dengan baik.

Walaupun mula-mula Doc sahkan Muni adalah pembawa talasemia,Muni terkejut gak la sebab tak pernah tau pun sebelum ni. Tapi Muni redha dan terima ketentuan ini dengan  hati terbuka...Dah pregnant baru lah tau ada talasemia. Hihi sebelum ni, minat buat aktiviti lasak bagai, masuk askor wataniah lagi 3 tahun x pernah plak medical check up bgtau ada talasemia...ye lah kan, mase nak masuk U, nak masok askor, medical check up tengok tahap kesihatan fizikal jer, check urine positif dadah ke x...mase nak kawen pon check darah utk tau status positif HIV ke tidak...mane lah ada buat ujian darah ni.huhuhu...

Camne boleh suspek?

Ermmm...mula-mula lagi mase buka buku pink kat KKIA, Doc dah cakap Muni suspek talasemia sebab bacaan Hb rendah dan ada lagi bacaan-bacaan lain yang rendah tapi mase tu Hb Muni 11.2g/dl (cukup-cukup makan sebenarnya). Jadinya Doc minta ambik sampel darah untuk hantar ke Makmal Hospital Klang. (Citer bab ambik darah ni panjang jugak sebenarnya, 4 kali ambik darah hantar sampel ke Hospital baru lah Muni betul-betul dapat result yang Muni adalah pembawa talasemia)

Dari mula-mula buka buku pink (usia kandungan 12w) sampai la dah 7 bulan baru tau result talasemia, dan sepanjang tempoh ni jugak la Hb Muni turun naik...selang seli sebenarnya, lepas naik turun, lepas turun naik....hahaha...Memula turun 10.7g/dl, Muni pulun jugak la makan macam2 yg di suggest oleh nurse, sayur bayam 3/4 kali seminggu sampai tak boleh nak telan dah bayam, pati delima 2 sudu pagi 2 sudu malam, kopi/teh memang tak sentuh lansung, pastu bacaan Hb naik la jd 11.4g/dl (happy sekejap!haha). Masuk ramadhan, Hb Muni turun balik jadi 9.7g/dl jer (wuuuuu nak nanges rase, padahal pemakanan Muni tak berubah pon) pastu pulun lagi after raya naik jadi 11.0g/dl (cukup makan) tapi kali ni pertambahan berat badan plak melampau naiknya sampai dekat 3kg.hahaha...dah kena cek tekanan darah by weekly.huhuhu...And last baru ni 10.7g/dl balik...gitulah naik turun,naik turun...

Mase Hb 11.0g/dl tu la Doc bgtau yang Muni sebenarnya pembawa talasemia jenis beta, dan Doc nak jugak sampel darah En.Asben utk tau yang condition baby macam mana nanti.En.Asben buat sendiri ujian darah kat swasta sbb kalau nk g KKIA nak tunggu result dah sekian lama, pastu nak g KK hari kerja memg susah sket....takpelah mane2 pon boleh. Result En.Asben normal bukan pembawa...in shaa Allah risiko baby cuma akan jadi normal ataupun pembawa juga macam ibu dia.Alhamdulillah :)

Kesan pada kandungan jika Ibu pembawa Thalasemia & Ayah Normal.

Ok, ni nak share sikit...macam mana kesan atau apa gen yang akan diwarisi oleh baby andai Ibu Pembawa & Ayah Normal (macam kes Muni)

Baby Muni possibility 50% Pembawa atau Normal

Jom check apa result anak kalau condition Mak Ayah macam yg dekat bawah ni pulak :


Seeloknya, sebelum kawen bolehlah buat ujian darah dulu tau keadaan pasangan bagaimana, sebab yang akan dapat kesan akan datang adalah zuriat keturunan kita.Muni difahamkan mostly rakyat Malaysia adalah pembawa Thalasemia (tak perlu risau kata doktor) cuma orang kita tak rajin nak buat ujian darah.So lepas ni, dah tau Muni adalah Pembawa, anak-anak dah boleh buat ujian darah bile dia besar sikit nanti....tau awal-awal senang :)

Dari mula tadi dok citer pasal Thalasemia ni, tapi sket intro pasal thalasemia lansung x citer kan?Haha...sori2 yer...boleh klik link kat bawah ni nak tau lebih lanjut pasal Thalasemia :

Apa Itu Thalasemia?

Sekian dulu, kalau rajen nanti Muni taip lagi sharing2 yer :)
Wassalam.

Comments

Popular Posts