Niat & Ketentuan

Assalammualaikum terlebih dahulu buat sesiapa yang sudi membaca catatan Muni, insan kerdil yang tidak punya apa-apa ini...

Mood touching yang teramat sangat tatkala nak menaip entry kali ini, sebab? Last entry, Muni janji nak citer apa kaitan segala yang Muni lalui dengan niat yang terkadang melintas di fikiran & hati kan?

Hari ni Muni nak citer dekat sini supaya Muni sentiasa boleh ingat apa yang Muni dah lalui selama ini... Masya Allah Subhanallah Allahu Akbar, kalau nak mengalir airmata ni, mengalirlah...memang aku selayaknya sentiasa menginsafi segala yang Allah beri meskipun diri ini belum cukup amalan & menghambakan diri untuk Nya, Ya Allah.....

Muni percaya setiap orang mesti pernah juga mengalami & merasai situasi sebegini, percayalah Allah sentiasa dekat tak perlu kita persoalkan...Tiada hijab untuk meminta, segalanya tidak mustahil...Subhanallah, tak pernah lansung nak bercerita perkara-perkara ni pada sesiapa waima suami yang menjadi teman hidup sepanjang hayat sekalipun, sebab rasanya terlalu istimewa cerita-cerita ini antara Muni & Yang Maha Pemberi. Jujur setiap kali teringat pasti nak mengalir air mata, terketar-ketar seluruh badan. Allahu Ya Razaq :'(

1. Kahwin diusia 23 Tahun, selepas Graduasi Sarjana Muda.

Cerita yang memg dah basi, tapi Alhamdulillah perjalanan cerita cinta kami sangat dipermudahkan sehingga ke saat pernikahan.Allahu Akbar :)

Bermula niat yang seringkali terlintas dihati Muni, sejak mula melangkah di menara gading, tiada lansung terlintas nak mencari jodoh di universiti.sama sekali tiada! Orang kata nak jodoh baik, berdoalah bermula sekarang (Dari masa Form 2, senior2 dok cakap camni)...bila sampai waktunya pasti akan bertemu jodoh tersebut...Ya Muni percaya kuasa doa, seringkali Muni terfikirkan hal ni, dan setiap kali terfikir itulah pasti Muni akan doakan semoga dipertemukan jodoh yang baik, tak nak dari golongan ustaz/yang belajar agama, nak orang kampung, lebih berusia, mementingkan hal-hal agama, tak merokok, nak orang Pahang juga dll... (Masa terlintas doa perihal jodoh dah terbayang ciri-ciri yang Muni cari.Heeeee)

Muni jugak seringkali terfikir yang Muni nak sangat sebelum berakhirnya Ijazah ni, Muni akan jumpa jodoh yang Muni fikirkan tu...Muni membayangkan selepas tahun 2/3 Ijazah ni, Muni dah pun menjadi tunangan orang, dan kemudiannya akan kahwin sejurus habis pengajiaan. Selalu sangat membayangkan perkara-perkara yang Muni fikirkan ni walaupun pada waktu tu tiada sesiapa pun yang istimewa di hati untuk dijadikan Suami.

Tak tahu siapa,
Tapi tetap terus berdoa & sebut-sebut didalam hati.
(Port paling best nak mengelamun + doa dalam hati / cakap sorang-sorang dalam Bas waktu balik dr KL ke Lipis - Lebih kurang 2 Jam 30 Minit)

Akhirnya!

Satu-satu Allah makbulkan... bermula dengan jumpa En.Suami melalui Facebook, orang kampung! Perkenalan kami singkat, perasaan segan memg tebal, Muni nak tanya lebih-lebih pun segan (Allah tunjuk lagi sign yg En.Suami tak merokok melalui balas-balas komen dgn kawan2 En.Suami di FB.Allahu Akbar! Allah mudahkan segalanya...Alhamdulillah), Muni pon tanpa segan menyatakan yang jika dia ingin serius berkawan datanglah jumpa Mak & Abah Muni (Tanpa niat apa-apa), Allah mudahkan segalanya... En.Suami pd ketika itu benar-benar datang ke rumah bertemu Mak & Abah Muni, Abah pulak senang sangat mengaturkan segalanya (Part Abah ni sebenarnya Muni takut juga sebab tak tau reaksi macam mana,ya lah pertama kali kawan lelaki datang ke rumah, dah la Muni belum grad pun!Huuuuu)

Alhamdulillah, segala puji hanya layak bagi Allah, Allah yang permudahkan segalanya, segala aturan Allah sudah tetapkan, kita hamba hanya menjalankan amanah & tanggungjawab.Allah yang melembutkan hati-hati kami, menyatukan kami, menjadikan kedua ibubapa kami dipermudahkan segala urusan...Allahu Akbar!

Muni bertunang pada 21 Ogos 2012 setelah berakhir semester 6 Tahun ke-3 Sarjana Muda, dan berkahwin pada 13 Disember 2013 setelah selesai konvokesyen Ijazah Sarjana Muda.
Subhanallah!


2. Nak 3 kali Anugerah Dekan sepanjang pengajian Sarjana Muda.

Orang lain kalau boleh nak setiap semester Anugerah Dekan ye dak? Tak taulah kenapa Muni nak 3 kali je cukuplah dan result akhir nanti tak nak First Class Degree. (Orang cakap 1st Class susah nak dapat kerja, tapi sekarang tak kira class ke berapa pun semua susah sbbnya kerja kurang Graduan melambak.Haha)

Itulah yang selalu-selalu terlintas di fikiran & hati ini, Muni nak setiap masa yang Muni ada di Kampus diisi dengan pelbagai aktiviti yang boleh membina jati diri & mengasah softskill, nak gali-gali ilmu yang tak belajar dalam kelas, setiap semester Muni peruntukan sejumlah wang dari duit biasiswa untuk beli buku-buku ilmiah. (Rindunya waktu ni, sangat suka membaca!)

Hujung minggu terisi dengan aktiviti di Markas Palapes UKM, berulang USIM-UKM setiap kali hujung minggu @ semester break.Sungguh penuh dan padat jadual Muni waktu di USIM dulu (Tak dak masa nak ada pasangan.Huuuu) Kalau tiada aktiviti Palapes pun, pasti akan join aktiviti HEP hujung minggu tu...Tapi tak bermakna Muni abaikan pelajaran yer, Muni takkan ponteng kelas sesuka hati kecuali bersebab (selalunya senggugut la).

At the end,
Akhir-akhir semester Muni achieved juga 3 kali Anugerah Dekan & Grad dengan Second Class Degree...Alhamdulillah...

3. Nak pregnant setelah 1 Tahun usia perkahwinan.

Cerita ni yang paling terbaru & sampai sekarang kalau Muni fikir memg Muni rasa nak mengalir airmata...Cerita ni juga mengajar Muni supaya sentiasa fikirkan yang baik-baik, sentiasa mengaminkan doa dari orang yang mendoakan kita...Allahu Akbar :'(

Masa hari perkahwinan, ramai yang ucapkan selamat pengantin baru - ini biasa, dan ramai juga yang mengucapkan "cepat-cepat dapat baby" - bagi Muni macam terlalu awal, dan segan nak terima ucapan tu lagi-lagi bila sebelah suami masa tu, senyum je la bila ada yang ucap macam tu, takde pun nak sebut In Shaa Allah ke apa...Dalam hati, terus terlintas "awal lagi nak ada baby biarlah selepas setahun" Allahu Akbar sombongnya Muni :'(

Memang awal-awal perkahwinan, Muni tak kisah lansung kalau belum lekat pon, kalau ada itu rezeki Allah nak bagi awal :) Muni nak masa yang ada berdua ni dimanfaatkan sepenuhnya, dapatlah kami mengenali antara satu sama lain lebih dalam lagi, cipta kemesraan, sebabnya walaupun Muni bertunang dalam tempoh yang agak lama tp kami jarang berhubung/berjumpa kecuali hal-hal yang penting jer, jadi memg tak tau pun behaviour, personaliti pasangan macam mana...

Sampailah sehingga bulan ke-7/8 perkahwinan, barulah Muni betul-betul terfikirkan soal zuriat, walaupun En.Suami tak pernah cakap apa-apa, tapi mata Muni yang memandang kawan-kawan yang sudah berkahwin mengendong bayi masing-masing, hati kecil ni berbisik-bisik juga teringin sangat nak main dengan baby dari rahim sendiri...Muni mula mencari-cari punca masih tidak dikurniakan rezeki anak. (Kita hanya mampu berusaha, Allah lah yang memberi) Muni start ambil supplemen2 kesihatan, lebih menjaga kesihatan diri, menjaga pemakanan (Nanti Muni usahakan tulis 1 entry berkenaan usaha Muni ni)

13 Disember 2014,
Genap setahun usia perkahwinan, masih belum dikurniakan rezeki zuriat, orang-orang sekeliling dah mula bertanya... (sangat respek ahli-ahli keluarga tak pernah pun persoalkan hal ini bagi menjaga hati) Muni tekad! terlintas difikiran nak betul-betul jaga kesihatan diri, bulan 3 tahun 2015 mesti lekat! (Nak baby lahir hujung tahun,nanti muda pada kawan-kawan sebaya.Hehe)

Start 1st Januari 2015, Alhamdulillah period cycle dah stabil, Muni mula menjaga pemakanan, tidak makan sembarangan yang tidak sihat, Period last hujung Februari, awal April seminggu lewat dari tarikh yang Muni sepatutnya period...
7 April 2015 - pagi esok nak jogging, tp risau juga sbb dah seminggu period lewat xdatang2 lagi ni, malam tu pegi farmasi standby beli UPT Test siap2...
8 April 2015 - Muni buat pregnancy test sendiri pagi tu sebelum subuh, ambil wudhuk, solat subuh...seusai solat, tengok balik result UPT tu...Allahu Akbar 2 line! Serius rasa ketar satu badan terus mengalir air mata! En.Suami pula outstation, ambil handphone snap terus wassup dkt En.Suami dalam keadaan ketar-ketar tu, tak mampu nak telefon cakap dengan En.Suami sebab segan nanti En.Suami dengar Muni menangis...Biarlah menangis sorang-sorang,

Alhamdulillah Ya Allah....apa yang terlintas & terniat dihati ini, apa yang aku rancang hanya engkaulah yang mengetahui yang terbaik buatku.Sangat sangat terharu, terkedu, teruja, tak sabar untuk yang selepas-selepas ini. Indahnya hidup ini jika kita hanya bergantung dan yakin hanya pada-NYA...Allahu Akbar...Subhanallah...Alhamdulillah...
Tak terucap dengan kata-kata hanya mampu terus menyebut nama-Mu Ya Allah kerana engkaulah yang memberi, yang mengatur segala-galanya...

Muni percaya setiap orang pasti ada juga ketentuan yang Allah dah beri sebagaimana apa yang mereka hajatkan kan? Cuma kadang dalam tidak sedar, sebenarnya Allah dah kabulkan apa yang kita mahu itu...selalulah bersyukur pada-Nya.Kita tak tahu apa lagi yang dah direncanakan untuk kita, tapi percayalah setiap ketentuan itu pasti ada hikmahnya...Allah Maha Penyayang.

3 ini sahajalah yang Muni boleh share, yang benar-benar mengetuk hati & minda separa sedar Muni ni, banyak lagi cerita-cerita lain tapi biarlah ianya kekal menjadi rahsia istimewa antara Muni & Pencipta.Allahu Akbar!




Comments

Popular Posts