Al-Fatihah buat Tokwan :'(

Assalammualaikum w.b.t

Innalillahi wainnailaihi roji'un...semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah ketika hayatnya, juga dosa-dosa kita yang tak terkira banyaknya ini sama ada yang telah lalu, sekarang dan yang akan datang.Aamiin.

Sedih memang sedih, betapa banyaknya kenangan yang ditinggalkan antara Tokwan dan Muni :'(
Tokwan pergi meninggalkan kami semua tanggal 2 Oktober 2015 bersamaan 18 Zulhijjah 1436 lebih kurang jam 12.30pagi (tengah malam hari Jumaat)

Subhanallah, Allahu Akbar, Allah pilih Tokwan meninggal di pagi Jumaat dengan keadaan sihat walafiat tanpa ada sebarang penyakit kecuali umur yang telah mencapai usia warga emas.
Semua kaget pabila menerima perkhabaran kematian yang tak disangka-sangka ini Ya Allah...sesungguhnya kuasa Allah perihal kelahiran,kematian tiada siapapun yang dapat menjangka.
Allah lah yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

Walhal di siang hari, sehari sebelum Tokwan pergi meninggalkan kami, semua tahu permusafiran Tokwan ke Felda Selancar & Felda Keratong menziarahi Mak Ngah yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan besi di kaki akibat kemalangan langgar lari lebih kurang 4 tahun lalu yang menyebabkan Mak Ngah sekarang perlu bergerak dengan bantuan kerusi roda.
Tokwan memandu seorang diri ditemani tok menggagahkan diri bermusafir ke Felda Selancar kerana sudah 2 kali Raya tidak bersua muka dengan Mak Ngah.

Allahu Akbar rupanya itulah hajat terakhir yang sempat tertunai.

Kenangan dengan Tokwan.

Muni antara cucu yang dekat dengan Tokwan semasa zaman kanak-kanak Muni, masa Muni masih kanak-kanak umur sekitar 5-9 tahun, cucu Tokwan masih belum ramai...Muni pulak selalu balik kampung dan kadang2 cuti sekolah saje nak duduk kampung (balik duk dengan mak adik-adik ramai, tak de orang nak layan, Tokwan pujuk dok dengan Tokwan terus on jer)

Naik motor dengan Tokwan duk dalam raga motor honda bulat tu, pagi-pagi buta dah bangun nak ikut Tokwan pegi minum kat Kedai Kopi.

Tokwan belanja burger  RM1 malam-malam sambil bawa ronda naik motor, walaupun dah kenyang makan nasi.

Buka peti ais...ada jajan,aiskrim...ntah bila Tokwan beli tapi bila Muni balik kampung ada jer dalam peti.

Tokwan panggil Muni - Dodo @ Burung Dodo (Dah besar baru tau ada rupanya Burung Dodo ni, antara spesis burung yang dah pupus)

Pegi jalan mana2 waima pegi kedai runcit pon, minta apa-apa kat Tokwan mesti dapat (Selalunya minta mainan2 yang dalam kotak mcm DingDang,Tora DLL)
Musafir jalan jauh macam balik Kedah ke, Penang, Perak...singgah mana2 tempat shopping orang lain kalut beli kain baju,toto lah ape...Tokwan beli mainan kat Muni (Dapatlah set masak-masak, set alat mainan doktor-doktor)

Tak sempat jumpa baby Muni :'(

Takdir Allah tak siapa mampu melawan. Di saat Muni sedang sarat mengandung anak pertama, Tokwan pergi meninggalkan kami semua. Cukup usia kandungan 32 minggu,tak sempat anak soleh ibu nak jumpa oyang.

Kenangan - Tokwan dengan cicit pertama, Auni
Sedekahkan Al-Fatihah setiap kali teringatkan Tokwan, moga Allah membalas segala kebaikan dan menempatkan Tokwan dikalangan orang-orang yang beriman.Aamiin.


Comments

Popular Posts