My first baby - First experience in labour - #UmarQushayyi
Assalammualaikum...
Lamanya tak menaip di belog ni, rindu nak coret kisah sendiri senyum sensorang, berangan sensorang...haha sekarang takde masa dah untuk tu semua..360 darjah kehidupan Muni dah berubah start 2016 ni (Bahaha punya lama tak menaip entry 2016, September baru boleh publish huwawawa-nampak tak sibuk ahha baru anak sorang kot Muni oiii) :p
Ni pun tak tau nak citer apa...banyak yang bersarang dalam kepala ni nak diluahkan, biarlah jari-jariku sahaja yang menari di keyboard cerita semua yang terbuku di hati, terpahat di memori, haha nak bagi tercoret disini pulak...hamboiii bahase kau!Haha :D
Oleh kerana cerita last haritu berkenaan "my pregnancy journey"...Jadinya entry ni mungkin sesuai untuk Muni cerita berkenaan pengalaman bersalin Muni la kan...
Okeh okeh Muni start naaaa...kalau jemu hampa skip la part2 tak best yang Muni membebel ka apa tu naaaa...okeh cantek!
20 November 2015
Hari terakhir Muni di sekolah, hari terakhir di BSP bersama suami, jangkaan bersalin 30 November ikut kiraan lebih kurang 10 hari sahaja lagi...dah siap sedia semua persiapan nak sambut ahli keluarga baru, persiapan untuk Muni berpantang...En.Suami hantar pulang ke Kuala Lipis untuk bersalin (Memang dah plan dari awal nak bersalin di Lipis)
25 November 2015
Check-up pertama di Lipis, Muni terus pergi check-up di KK Kuala Lipis (Rupanya Kechau 11, KD Kechau 1 punya area) Nurse takde lah marah ke apa, buat check up macam biasa...Hahah berat 74.5kg hokehhh bayanglah berjalan pun da macam penguin.Takde masalah apa semua okey...cuma nurse pesan 30/11 tak bersalin lagi pergi KD Kechau 1.
30 November 2015
Banyak-banyak sangat doa, pujuk baby keluar nak sampai ke tarikh 30 November ni...memang taknak la kena paksa bersalin kan...tapi belum rezeki baby seronok sangat duk dalam perut, Muni pun takde rasa sakit apa lagi, sekejap2 mengeras tu ada lah mak pulak cakap gaya perut ni tak jatuh ke bawah lagi, dalam seminggu lagi ni baru beranak...redhalah pergi pulak KD kechau 1 check-up yang seterusnya...jumpa nurse, nurse minta refer Doktor di KKIA Padang Tengku untuk check-up lebih detail tapi hari ni Doktor takde, nurse minta kami datang esok ke KKIA Padang Tengku.
1 Disember 2015
Dari November dah berubah bulan Disember...Dalam hati, Allah jer yang tahu berdebarnya, excitednyer...dan yang memang pasti baby akan keluar Disember.Pagi-pagi lagi Muni terus ke KKIA Padang Tengku (Abah yang bawak Muni kehulu-kehilir check-up, belanja minum, belanja makan tengahari lepas check-up hihi...Terima kasih abah, sayang abah sangat!) untuk check detail kandungan...Alhamdulillah semua okay sangat, air ketuban cukup, kedudukan baby dah betul, jantung baby pun okay...cuma doktor cakap baby besar ni 3.55kg tengok perut pun dah tau 3kg lebih...huwaaaaa doktor jangan la buat sy cuakkkkk!
Doktor bagi tempoh rehat kat rumah seminggu kiranya extend sampai 7 Disember, kalau sebelum tarikh ni dah sakit nak bersalin terus ke hospital... kalau takde lagi tanda-tanda nak bersalin follow-up lagi check-up di KD Kechau 1 selang sehari sampailah 6 haribulan, tak bersalin juga nak tak nak kena serah diri ke hospital 7 Disember! (tak nak bersalin paksa wehhh...)
7 Disember 2015
Hari yang dinanti-nanti, nak tak nak kena serah diri juga ke hospital...check-up sebelum2 tu memg baby takde masalah dan tak menunjukkan lansung tanda-tanda nak keluar (seronok betui dia duk dalam perut haha).Mula-mula mak abah tak sependapat jugak pasal serah diri ni, mak cakap tunggu sakit baru pegi (Muni kalau boleh nak camni la sbb dok dengar citer orang kena paksa lagi sakit....ye la wehhh paksa kot!) abah pulak cakap ikut arahan doktor...hmmm hmmm disebabkan Muni bawah jagaan abah la kiranya waktu ni sebab en.suami ada tapi tak berapa sihat demam pulak (orang dok cakap demam nak dapat anak la tu, demam nak dapat anak la tu...bese lah first time dad! huhu) tak larat nak hantar Muni ke hospital, en.suami cakap nanti dia menyusul bila demam kebah, en.suami pun tak bape larat dok dalam bilik berselimut menggigil pulak tu.Takpelah mak cakap kita pergi je hospital dulu minta extend lagi 2/3 hari...pergi jugak lah, tapi dah memg siap2 la bawak beg semua.
Sampai hospital, pergi wad bersalin bagi buku pink...terus nurse bagi baju wad warna pink tu suruh salin.Mak try lagi cakap Muni nak jumpa doktor dulu...jumpa doktor, doktor cakap tak boleh balik dah stay hospital memg camtu prosedur dia (laju je la air mata turun, slow2 pegi jalan kaki ke toilet nak salin baju...masuk hospital mcm kena hantar masuk penjara sbb dalam fikiran ni dok doa tak nak kena paksa! tak nak kena paksa!)
Nak tak nak redha je lah sebab dah pun serah diri ke hospital...ikut je la semua prosedur yang hospital buat.Cek bukaan dah 2cm, pakai alat yang cek jantung baby dgn alat yang boleh tau ada contraction tu...nurse cakap " awak ni dah ada sakit dah ni, awak rase tak?" tak reti nak beza la nurse first time kan...uhuhu.Doktor bagi keputusan esok pagi kalau dah 3cm terus tolak masuk Labour Room...(takut berdebar semua ada...nak makkkkk!!!)
Petang en.suami datang dengan mak dan ayah mertua sekali melawat Muni dekat wad...En.suami datang ambik ubat sekali sebab demam tu, di Jabatan Pesakit Luar...Dan sembang-sembang sekejap, habis waktu melawat depa pun balik...memg rasa tak best sangat tinggal sorang-sorang takde teman...orang katil sebelah-sebelah Muni semua pakat dah beranak dok sakit-sakit lagi la kan pakat baru bersalin...Bau, bunyi takyah cakap la memang stress kalau duk lama kat wad huwaaaa...tetibe mak datang plak lepas maghrib bawak nasik goreng kampung dengan teh ais (haha mak cakap last ni minum ais lepas ni lambat plak nak boleh minum) memang lapar pon wehhh rezeki2 jangan ditolak haha...Malam tu pakai lagi alat yang kat perut tu nak tengok contraction, Muni perasan masa lepas solat maghrib tadi ke toilet macam ada keluar darah sikit tapi tak bgtau nurse pun...isyak Muni solat je macam biasa,lepas isyak nak tidur sambil dipakaikan alat tu...masa ni dah start sakit nak tidur terlentang memg tak selesa rasa nak menirap lah nak mencangkung lah nak menangis pun ada tahan sakit...sampailah lebih kurang pukul 4 pagi baru lah dia bukak alat tu.
8 Disember 2015
Sebab malam tadi menahan sakit, tidur pun tak bape lena lansung sebenarnya, pagi lagi lepas subuh terus nurse panggil untuk cek bukaan...3cm! Confirm tolak labour room 8 pagi! Muni mesej la en.suami, mak bgtau nak kena masuk labour room dah pagi ni, hairan juga pagi tu tak sakit pun...nurse bagi ubat suruh berak siap-siap, Muni pon nak menunggu ke pukul 8 tu makan dulu kurma, telan sebanyak mungkin minyak zaitun, minum air zam-zam...simpan elok-elok barang dekat katil, handphone pon tak bawak ke labour room (padahal boleh je), pakai siap-siap seluar bersalin MamaPride...pukul 7 lebih camtu 2 orang nurse dtg dekat katil tolak wheel chair ,memula diorg suh tukar kain tak bg pakai seluar bersalin emmm Muni ckp doktor dah izinkan...mujur tak banyak argue (Bagus jugak buat Birth Plan tu walau tak semua diorang boleh ikut tapi sekurangnya dia cuba penuhi apa yang pihak diorang boleh bagi Alhamdulillah semua okay)
8 Pagi
Masuk Labour Room dengan tenang ingat apa yang belajar dekat seminar womb2room haritu, Muni terus dipakaikan alat dekat perut tu...baring je atas katil, nurse tanya suami dah tau belum?, ada sesiapa yang nak masuk teman tak? tenang je la cakap sekejap lagi suami saya sampai.Tak lama lepastu en.suami dengan mak sampai...en.suami masih demam lagi tak tahan sejuk aircond dalam labour room sempat datang jumpa Muni sekejap je bagi semangat, en.suami cakap biar mak lah yang teman sebab dia memang tak larat dia tunggu di surau lelaki dekat juga dengan labour room tu...mak pun boleh je keluar2 kalau nak update pape kat en.suami...Takpelah redha je dah en.suami tak sihat kan walaupun kalau boleh memang nak en.suami tengok la kelahiran anak sulung kami ni...
9 Pagi
Doktor datang untuk pecahkan air ketuban.Alhamdulillah doktor perempuan incharge.Dah pecah air ketuban, ada la rasa macam bunyi "pup" subhanallah basah sebasah-basahnya la tak tau nak cakap macam mana duk atas katil atas kertas alas tu pun dah rasa macam duk dalam kolam! Nurse cakap kalau sampai pukul 12 tengahari bukaan tak sampai 6cm masuk drip pulak...huhhhh
Lepas dipecahkan air ketuban, okay lagi boleh sembang2 lagi dengan mak, sembang dengan nurse, nurse sorang tu siap bagi talk cara nak menyusukan anak lagi...ehehe ilmu free.Masa ni sakit datang sekejap-sekejap...masa terus berlalu, perut lapar nak makan memang tak boleh, minum pun...melayan sakit yang sekejap datang dan pergi ni...
12 Tengahari
Doktor datang sekali lagi, cek bukaan baru 4cm! Ermmm konfem masuk drip plak...nurse sorang tu sambil sembang cakap anak sulung memang kena banyak sabar, lambat sikit nak keluar, dia tengah cari jalan tu...Lepas drip masuk air kat tangan tu, sakit macam tadi jugak tapi kali ni lebih kerap lebih sakit...rasa macam nak menonggeng je atas katil memang tak boleh dah nak baring terlentang...asal nurse keluar je Muni menonggeng cakap kat mak tak tahan, mak tak cakap apa la tolong gosok belakang badan camtu je lah...bila nurse datang Muni baring semula tapi kang sakit datang memang takleh nak duk diam laaa habeh dah mengiring semua posisi atas katil tu...
3 Petang
Rasa sakit makin kuat! Nurse pon dah bertukar shift...bukan nurse yang pagi tadi dah assist, kali ni nurse ni banyak duk kat sebelah Muni, tolong gosok2 mak pun duk baca yassin sambil2 gosok mak sua je tangan dia bagi Muni pegang...nurse yg petang ni ya Allah lembut sangat dia selawat zikir ingat Allah sama2...cakap pun lembut masya Allah...Muni asal datang sakit tu apa yang sempat Muni capai pegang memang Muni pegang sekuatnya la...banyak pegang besi katil, tilam dengan baju nurse tu...Muni memang tak keluar suara sakit macam mana pun dok ingat kelas womb2room simpan tenaga jgn keluar suara menjerit ke apa...
4 Petang
Doktor datang kosongkan pundi kencing, masa ni rasa sangat nak meneran tu...nurse cakap jangan lagi baru 6cm nanti koyak banyak...dalam hati tak putus lah doa minta dipermudahkan, mudah baby keluar. Layan sakit jangan bunyi suara fikir tak lama je dah nak jumpa anak yang sembilan bulan Muni bawa kehulu kehilir...Seronok nak ada baby Ya Allah...Mak keluar sekejap solat asar dulu, nurse yang tadi teman memang teman Muni tak tinggal dah (baik sangat nurse ni, Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal dengan kerja buat dia)
4.45 Petang
Dengar doktor menjerit Bilik (nombor-tak ingat berapa) full dilate! woooaaahhh pakat ramai plak doktor lain datang masuk (ada lagi dalam 2/3 orang-semua doktor perempuan) Doktor yang incharge td cakap "Puan kena sedia dah ni, kita cakap teran puan teran ya, pegang pergelangan kaki, dagu dekat dada, mata padang perut puan ni yer, kita nak tolong puan ni" Muni ermmm ermmm je la tanda faham...sakit dah kurang tapi memang rasa nak meneran je dah.Mak pun masuk terkejut gak dah nak beranak cepat pulak bukaan...Doktor ajar Muni teran "ambil nafas ikut mulut tahan nafas teran macam nak berak, teran macam nak marah orang, puan nak marah saya pun marah lah, harini saya bagi puan nak marah saya".Muni try teran bila datang surge tu, 2 kali percubaan teran pegang pergelangan kaki....huwaaa kaki cramp! Muni cakap " doktor tak boleh doktor kaki saya cramp!" Doktor pun tak tunggu lama terus gantung kaki ke atas...tak fikir apa dah masa ni, fikir cepat la baby keluar...teran lagi teran lagi, Muni akui nafas tak panjang tak pandai nak sambung teran sambil curi nafas...Doktor cakap "dah nampak rambut anak puan ni, sikit je lagi puan, sikit je lagi...nak rasa tak rambut/kepala anak puan?" Muni angguk je, doktor ambik tangan Muni bagi pegang dekat celah kangkang memg rasa dah... Ya Allah sikit je lagi ni Muni kena kuat.Ada doktor2 lain dah bunyi dah "kalau tak boleh ni vacuum je" sebab dah nampak Muni macam lemah...Mak pun duk bagi semangat kat sebelah "kaklong kuat boleh tu kaklong kan askar"(taksangka betui mak bg ayat ni) terus terbayang kawan2 palapes yang dah beranak...semua boleh je, so Muni mesti boleh jugak!kumpul semangat dalam jiwa...sampai je masa, Muni cakap "saya nak teran ni doktor saya nak teran ni" doktor pun sedia ajar kawal nafas teran...kali pertama teran nurse gunting sikit, kali ni doktor pulak bagi semangat "ok puan sikit lagi sikit lagi" teran kali kedua nurse gunting sikit lagi terus baby keluar nurse letak atas dada sekelip mata (yang kali kedua ni memang tak sangka rasa macam teran tak beria pulak sekejap je)
5.37 Petang
5.37 Petang
Tak lama baby atas dada terus nurse ambik sbb terhenti sekejap pernafasan dia, Ya Allah lega selega-leganya syukur tak terkata macam-macam perasaan ada tak sangka dah jadi ibu, dah dapat tengok anak yang dikandung selama 41minggu, mengalir juga air mata kegembiraan hilang segala lelah penat menanggung sakit tadi.Masih lagi dengan keadaan kaki bergantung, relaks sekejap nurse suruh berdehem uri pun keluar sempurna Alhamdulillah...nurse yang baik tolong gosok2 selawat dekat Muni tulah yang jahit balik kesan guntingan tadi, sambil buat kerja dia sambil tenangkan Muni...banyak kali dia ucap tahniah, pesan jaga amanah Allah, sambil jahit tu takdelah rasa sakit sangat (pandai nurse ni tenangkan patient).Ada nurse lain datang bawak secawan milo bagi Muni sedut, ye lah dah seharian perut kosong tak makan apa-apa memang lapar ya amattt...Selesai jahit-jahit, Muni masih dalam labour room lagi, tunggu baby menjalani prosedur yang perlu.Pastu moment indah bonding ibu dan anak...first time susukan baby Subhanallah...
7.00 Malam
Dah selesai segala urusan di labour room, barulah Muni ditolak ke wad biasa...Rupanya mak,abah, adik-adik ada dah yang menunggu dekat luar labour room dan juga di wad.Katil pun dah berubah dah diletakkan di katil elok sket (yang semalam tu katil tambahan, menyelit tengah orang).Lapar...makan roti cicah Tamar Cocoa je, pastu makan kurma.Abah yang azankan baby (sekali lagi terima kasih sayang abah!) sebab ceritanya en.suami demam denggi dan kami sama2 warded di hospital yang sama pada hari yang sama Muni melahirkan (haha tragis toi cerita).Al-kisah masa en.suami tunggu Muni dekat surau berdekatan dengan Labour Room, dia dah demam ketar menggigil kat situ sampai tak leh nak bangun! mujur ada orang prihatin siap panggil kecemasan (naik ambulans gak lah dr surau tu ke kecemasan), mak tau tapi masa kat labour room tu takdan nak cerita dah Muni pon dok tengah sakit-sakit kan...Lepas dah okay semua, mak abah balik...takleh sape2 teman, pukul 10.00 malam macam tu en.suami turun dari wad dia datang melawat kami, tak pegang pun baby, tangan kena masuk air tak larat pon lagi tapi nak turun jugak la sekejap katanya...
9 Disember 2015
Awal pagi lagi lepas subuh, nurse panggil untuk cuci luka, Doc yang sambut baby semalam yang incharge, dia cek semua yang patut dan katanya boleh discaj dah hari ni lepas Doc round ward cek baby...Alhamdulillah.Pagi tu pukul 9.00 pagi selepas baby mandi, ada Doc datang cek baby dan bagi suntikan...Then, nurse pulak datang bagi ubat untuk ibu.Selesai semuanya, dah text mak cakap dah boleh balik hari ni...Tak sabar sangat nak balik rumah!Pukul 12.30 tengahari mak datang nak jemput kami balik, sebelum tu mak abah gi melawat en.suami kejap, abah settlekan bayaran wad semua kemudian baliklah kami ke Kechau 11.Uri baby semalam lagi fresh2 mak dah settlekan semua siap tanam...Banyak sangat terhutang budi dekat mak abah ni (Ya Allah rahmatilah mereka dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku)
Alhamdulillah Ya Allah selesai segalanya...Anugerah terindah #UmarQushayyi
7.00 Malam
Dah selesai segala urusan di labour room, barulah Muni ditolak ke wad biasa...Rupanya mak,abah, adik-adik ada dah yang menunggu dekat luar labour room dan juga di wad.Katil pun dah berubah dah diletakkan di katil elok sket (yang semalam tu katil tambahan, menyelit tengah orang).Lapar...makan roti cicah Tamar Cocoa je, pastu makan kurma.Abah yang azankan baby (sekali lagi terima kasih sayang abah!) sebab ceritanya en.suami demam denggi dan kami sama2 warded di hospital yang sama pada hari yang sama Muni melahirkan (haha tragis toi cerita).Al-kisah masa en.suami tunggu Muni dekat surau berdekatan dengan Labour Room, dia dah demam ketar menggigil kat situ sampai tak leh nak bangun! mujur ada orang prihatin siap panggil kecemasan (naik ambulans gak lah dr surau tu ke kecemasan), mak tau tapi masa kat labour room tu takdan nak cerita dah Muni pon dok tengah sakit-sakit kan...Lepas dah okay semua, mak abah balik...takleh sape2 teman, pukul 10.00 malam macam tu en.suami turun dari wad dia datang melawat kami, tak pegang pun baby, tangan kena masuk air tak larat pon lagi tapi nak turun jugak la sekejap katanya...
9 Disember 2015
Awal pagi lagi lepas subuh, nurse panggil untuk cuci luka, Doc yang sambut baby semalam yang incharge, dia cek semua yang patut dan katanya boleh discaj dah hari ni lepas Doc round ward cek baby...Alhamdulillah.Pagi tu pukul 9.00 pagi selepas baby mandi, ada Doc datang cek baby dan bagi suntikan...Then, nurse pulak datang bagi ubat untuk ibu.Selesai semuanya, dah text mak cakap dah boleh balik hari ni...Tak sabar sangat nak balik rumah!Pukul 12.30 tengahari mak datang nak jemput kami balik, sebelum tu mak abah gi melawat en.suami kejap, abah settlekan bayaran wad semua kemudian baliklah kami ke Kechau 11.Uri baby semalam lagi fresh2 mak dah settlekan semua siap tanam...Banyak sangat terhutang budi dekat mak abah ni (Ya Allah rahmatilah mereka dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku)
Alhamdulillah Ya Allah selesai segalanya...Anugerah terindah #UmarQushayyi
![]() |
Fresh sangat nih baru berapa jam keluar dari perut ibu |
Comments
Post a Comment